Ramai usahawan dan pemilik bisnes kecil menengah (PMKS) hari ini asyik fokus pada execution. Mereka buat macam-macam, naikkan iklan, tambah staf, training team, beli software mahal, tukar packaging. Tapi jualan tetap statik. Stagnant.

Soalan saya: Adakah anda benar-benar faham pasaran anda?

Dalam menilai beberapa projek terakhir dengan beberapa Titan, satu penemuan besar kami dapati: 80% pertumbuhan bisnes datang dari perspektif. Ya, cara kita lihat pasaran, cara kita segmentasikan pasaran, dan cara kita kenal pasti nilai tersembunyi.

Kenapa Segmentasi Jadi Kunci Pertumbuhan?

  1. Tak semua pelanggan adalah sama.

Kebanyakan jenama hanya melihat purata tingkah laku pelanggan, lalu mereka buat keputusan pemasaran yang generik. Tapi peluang sebenar ialah pada segmen pelanggan bernilai tinggi. Bukan semua pelanggan wajar dikejar. Anda perlu kenal pasti:
• Siapa yang paling berbaloi dari segi value?
• Dan siapa yang paling mudah untuk direkrut?

  1. “Category Labels” sebenarnya mengelirukan.

Pasaran anda bukan hanya “Gen Z” atau “Mid-Market SaaS.” Itu terlalu umum. Realitinya?

Pasaran anda terdiri daripada:
• Kumpulan yang berkongsi pain-point serupa
• Profil job-to-be-done
• Pencetus tingkah laku tertentu
• Dan consumer preferences yang berbeza

Kalau anda tak kenal pasti elemen-elemen ni, anda sedang ‘menjual dalam gelap.’

Segmentasi Menjawab Soalan “Di Mana Nak Menang?”

Kita tak boleh optimize benda yang kita tak asingkan atau ukur. Segmentasi adalah jambatan antara insight dan strategi. Ia tunjukkan:
• Di mana peluang sebenar?
• Segmen mana yang layak jadi tumpuan utama?
• Berapa besar potensi untuk menang?

Bila Execution Dah Maxed Out… Tukar Peta Anda

Kalau anda rasa bisnes dah buat macam-macam tapi masih tak bergerak, mungkin bukan team anda yang lemah. Bukan tools anda yang tak cukup power. Masalah sebenar? Peta pasaran anda salah.

Anda perlukan peta baru. Segmentasi baru. Dan biasanya, kita bina semula peta ini dalam masa 8-12 minggu, hasilnya boleh bantu unlock pertumbuhan yang dah lama tersekat.

Stop Treating ALL Customers The Same.

Jangan buat semua pelanggan rasa mereka sama. Mulakan proses segmentasi. Bina peta pasaran baru. Letakkan fokus dan sumber kepada Growth Core, pelanggan yang nilainya tinggi dan tak sukar untuk dicapai.

Ingatlah, kejayaan bukan untuk yang hebat, tapi untuk yang berusaha.

Prof. Datuk Wira Dr. Azizan Osman

Business growth strategist, mentor and TV & podcast host, guiding founders and MSMEs through expansion and scale.

Satu langkah seterusnya

RCG ialah bahagian perundingan RichWorks, tempat saya dan pasukan bekerja dengan pemilik bisnes di Malaysia untuk membina pertumbuhan yang boleh diukur.

Ramai usahawan mahu kembangkan bisnes, jualan dan keuntungan ke tahap RM10 juta ke atas, tetapi tidak nampak apa yang menghalang mereka atau bagaimana nak capai tahap seterusnya.

Antara yang berjalan bersama kami: Najib Asaddok (IYZIQ), Norlinda Daud (Bright Hill), Farhana (PTTI), Wan Ahmad Wan Omar (GVT dan Go Auto), Datuk Wira Ilaiaraja dan Datin Wira Sumitra (NUETRAA), Datin Dr Kartika (Eskayvie), Dr Ahmad Samhan Awang (HIM Wellness), Fara dan Ustaz Azam (Inai Republic), Fatin Adriana (Adriana Gold), Kamarulhadi Rani dan Rohani Ismail (Kaharo Jewellery), Mohd Fauzi Abul Wafa (Poji’s Tempe), serta Datin Madammu (Eryca) dan Datuk Azri (Noir).

Mulakan dengan penilaian percuma. Ia mengambil masa tiga minit, dan anda akan dapat bacaan awal tentang apa yang menahan bisnes anda sekarang, serta satu tindakan yang boleh dibuat hari ini.

Start Your Free Business Growth Assessment