
Ingat, kembangkan bisnes bukan macam tekan pedal minyak kereta laju-laju.
Bukan juga pasal nak kena kerja lebih keras, tambah produk berlambak, atau hire ramai orang.
Silap haribulan, kalau asas bisnes kita goyang, lagi besar bisnes tu, lagi cepat dia tumbang.
Betul, lagi besar, lagi senang nak lingkup kalau asasnya tak kuat.
Sebelum dok fikir pasal nak 10X kan bisnes tu, cuba tanya diri sendiri betul-betul, SIAPA kita dalam bisnes ni:
S, Sasaran:
Kalau tak kenal siapa pelanggan kita yang sebenar, ibarat kita jual barang dalam gelap. Main agak-agak je.
I, Isu Utama Mereka:
Kalau tak tahu apa masalah besar yang mereka hadapi, kita bukan jual penyelesaian, kita cuma jual produk yang mungkin mereka tak perlukan pun.
A, Akibat Kalau Masalah Tak Selesai:
Kalau kita biar je pelanggan tu terus dengan masalah mereka, lama-lama bisnes kita ni orang tak percaya, akhirnya senyap je bungkus.
P, Potensi dan Peluang:
Dalam setiap masalah pelanggan tu, sebenarnya ada peluang besar untuk kita kembangkan bisnes. Cuma kena pandai cari je.
A, Apa Tindakan Kita Sekarang:
Sebelum nak fikir besar-besar, baik kita kemaskan dulu yang asas ni:
- Pastikan produk memang orang nak beli, tak payah paksa-paksa pun.
- Sistem bisnes jalan sendiri, kita takde pun takpe.
- Duit bisnes cukup simpanan, kalau ada masalah pun boleh tahan.
Ingat baik-baik:
Kalau kita tak ready, pertumbuhan yang laju tu boleh jadi racun.
Kalau asas bisnes lemah, 10X tu bukan rezeki, itu musibah.
Kalau kita tak peduli pasal SIAPA ni, bisnes kita sendiri akan campak kita keluar.
Nak menang besar dalam bisnes?
Kena betul-betul kenal siapa sasaran kita.
Kena selesaikan masalah pelanggan sampai habis.
Kena pandai nampak peluang yang ada.
Kena bertindak sekarang, jangan tunggu esok.
SIAPA tu lagi penting dari semangat kosong.
Semangat membara tanpa strategi, macam pergi perang tak bawa senjata, lenggang kangkung je…
Ramai yang berniaga macam tu…
Ingatlah, kejayaan bukan untuk yang hebat, tapi untuk yang berusaha.
Prof. Datuk Wira Dr. Azizan Osman
Business growth strategist, mentor and TV & podcast host, guiding founders and MSMEs through expansion and scale.
Satu langkah seterusnya
RCG ialah bahagian perundingan RichWorks, tempat saya dan pasukan bekerja dengan pemilik bisnes di Malaysia untuk membina pertumbuhan yang boleh diukur.
Ramai usahawan mahu kembangkan bisnes, jualan dan keuntungan ke tahap RM10 juta ke atas, tetapi tidak nampak apa yang menghalang mereka atau bagaimana nak capai tahap seterusnya.
Antara yang berjalan bersama kami: Najib Asaddok (IYZIQ), Norlinda Daud (Bright Hill), Farhana (PTTI), Wan Ahmad Wan Omar (GVT dan Go Auto), Datuk Wira Ilaiaraja dan Datin Wira Sumitra (NUETRAA), Datin Dr Kartika (Eskayvie), Dr Ahmad Samhan Awang (HIM Wellness), Fara dan Ustaz Azam (Inai Republic), Fatin Adriana (Adriana Gold), Kamarulhadi Rani dan Rohani Ismail (Kaharo Jewellery), Mohd Fauzi Abul Wafa (Poji’s Tempe), serta Datin Madammu (Eryca) dan Datuk Azri (Noir).
Mulakan dengan penilaian percuma. Ia mengambil masa tiga minit, dan anda akan dapat bacaan awal tentang apa yang menahan bisnes anda sekarang, serta satu tindakan yang boleh dibuat hari ini.