Semalam, hari kedua Modul 1 Executive Master in Change di INSEAD Singapore, saya singgah ke kedai buku INSEAD. Satu tajuk terus menarik perhatian saya: The Phoenix Encounter Method: Lead Like Your Business Is on Fire!
Tajuk itu buat saya berfikir. Memimpin bisnes seolah-olah ia sedang terbakar bukan bermakna kita memimpin dalam keadaan panik. Bagi saya, ia satu peringatan, bila bisnes berdepan perubahan dan cabaran, pemimpin kena bertindak dengan segera, persoalkan cara lama, dan cari keberanian untuk bangkit semula.
Ia juga buat saya tanya diri sendiri: adakah kita memacu bisnes dengan rasa lapar untuk terus membesar, atau kita sudah ‘kenyang’ dengan kejayaan yang sudah kita capai?
Rasa lapar buat kita terus belajar, mencuba dan mencari peluang baru. Tapi bila kita terlalu selesa, kejayaan yang membawa kita sampai ke sini itulah yang boleh menghalang kita daripada berubah.
Seperti phoenix, bisnes boleh bangkit semula. Tetapi ia memerlukan pemimpin yang sanggup berdepan dengan…
Satu langkah seterusnya
RCG ialah bahagian perundingan RichWorks, tempat saya dan pasukan bekerja dengan pemilik bisnes di Malaysia untuk membina pertumbuhan yang boleh diukur.
Ramai usahawan mahu kembangkan bisnes, jualan dan keuntungan ke tahap RM10 juta ke atas, tetapi tidak nampak apa yang menghalang mereka atau bagaimana nak capai tahap seterusnya.
Antara yang berjalan bersama kami: Najib Asaddok (IYZIQ), Norlinda Daud (Bright Hill), Farhana (PTTI), Wan Ahmad Wan Omar (GVT dan Go Auto), Datuk Wira Ilaiaraja dan Datin Wira Sumitra (NUETRAA), Datin Dr Kartika (Eskayvie), Dr Ahmad Samhan Awang (HIM Wellness), Fara dan Ustaz Azam (Inai Republic), Fatin Adriana (Adriana Gold), Kamarulhadi Rani dan Rohani Ismail (Kaharo Jewellery), Mohd Fauzi Abul Wafa (Poji’s Tempe), serta Datin Madammu (Eryca) dan Datuk Azri (Noir).
Mulakan dengan penilaian percuma. Ia mengambil masa tiga minit, dan anda akan dapat bacaan awal tentang apa yang menahan bisnes anda sekarang, serta satu tindakan yang boleh dibuat hari ini.