Dalam diam.
Mereka gembira melihat kita berjaya.
Mereka berharap urusan kita dipermudahkan.
Mereka ikhlas mahu melihat kita terus melangkah.
Cuma, kita jarang nampak mereka.
Sebaliknya, perhatian kita sering tertumpu kepada segelintir yang mengkritik, membenci atau tidak menyukai kita.
Ironinya, kita membiarkan suara yang sedikit menguasai fikiran, sedangkan doa dan sokongan daripada yang ramai langsung tidak kita hargai.
Jadi, jangan terlalu sibuk melayan mereka yang tidak menyukai kita sehingga terlupa menghargai mereka yang sentiasa mendoakan kita.
Hakikatnya…
Kita doakan semua.
Yang menyayangi kita, yang membantu kita, yang mengkritik kita, malah yang tidak menyukai kita sekalipun.
Semoga Allah mengurniakan kita semua hati yang tenang, kehidupan yang diberkati, rezeki yang luas, dan pengakhiran yang baik.
Kerana dunia ini terlalu singkat untuk dipenuhi kebencian, tetapi cukup indah jika dipenuhi doa.
Salam Jumaat
Datuk Wira
Satu langkah seterusnya
RCG ialah bahagian perundingan RichWorks, tempat saya dan pasukan bekerja dengan pemilik bisnes di Malaysia untuk membina pertumbuhan yang boleh diukur.
Ramai usahawan mahu kembangkan bisnes, jualan dan keuntungan ke tahap RM10 juta ke atas, tetapi tidak nampak apa yang menghalang mereka atau bagaimana nak capai tahap seterusnya.
Antara yang berjalan bersama kami: Najib Asaddok (IYZIQ), Norlinda Daud (Bright Hill), Farhana (PTTI), Wan Ahmad Wan Omar (GVT dan Go Auto), Datuk Wira Ilaiaraja dan Datin Wira Sumitra (NUETRAA), Datin Dr Kartika (Eskayvie), Dr Ahmad Samhan Awang (HIM Wellness), Fara dan Ustaz Azam (Inai Republic), Fatin Adriana (Adriana Gold), Kamarulhadi Rani dan Rohani Ismail (Kaharo Jewellery), Mohd Fauzi Abul Wafa (Poji’s Tempe), serta Datin Madammu (Eryca) dan Datuk Azri (Noir).
Mulakan dengan penilaian percuma. Ia mengambil masa tiga minit, dan anda akan dapat bacaan awal tentang apa yang menahan bisnes anda sekarang, serta satu tindakan yang boleh dibuat hari ini.